Harini saya nak bercerita dengan hampa semua tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di UKM lebih kurang 3 bulan .. Saya merupakan pelajar lepasan STPM dan telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di UKM. UKM adalah satu-satu tempat yang best . Mula-mula nak masuk dulu macam-macam terlintas kat otak. Tapi bila dah masuk UKM memang saya sangat-sangat teruja .Nak tau dak kenapa saya suka dengan UKM?
1. Cara pembelajaran
Mengenai cara pembelajaran di UKM , saya pada mulanya agak culture shock jugalah memandangkan Pengajar kami adalah golongan profesional yang sudah menerbitkan banyak kajian tesis dan journal. Setiap pensyarah ini mempunyai personaliti dan gaya mengajar yang berbeza. Lagi satu jadual belajar takdak aa padat sangat. Bila masuk UKM pelajar itu sendiri diberi peluang untuk cipta jadual kelas. Selalunya budak lelaki suka pilih kelas petang sebab malas nak bangun pagi. Semua tu terpulang dekat pelajar itu sendiri. Kalau jadual saya setiap hari ada kelas di waktu pagi dan satu hari sahaja di sebelah petang.Ada hari yang ada kelas, dan ada hari yang kelas batal. Kalau keas cancel syok laa, tapi yang tak syok nak kena ganti balik. lagi satu part paling sedih, bila hang dah siap mandi , pakai baju elok-elok nak pi kuliah sekali pensyarah bagitau last minit kelas cancel. part tu yabf yang tak best. Dulu kalau zaman STPM tepat jam 7 pagi dah kena ada kat sekolah. Kadang petang baru sampai rumah sebab ada kelas tambahan.
2. Pemandangan yang cantik
Pemandangan UKM sangat cantik dan sesuai laa untuk student ber "ootd". UKM adalah tempat yang sesuai sangat nak belajar sebab kawasannya dikelilingi hutan . Dalam banyak-banyak universiti yang ada di Malaysia, UKM adlah salah satunya universiti yang ada hutan simpan. Suasana yang macam ni laa sesuai untuk belajaq. Walaupun banyak monyet kat sini tapi ini adalah satu pengalaman bagi saya. Even saya selaau kena kejar dengan monyet-monyet kat UKM..
3. Kemudahan internet
UKM punya wifi alhamdulillah laju.. Pi la mana-mana tempat kat UKM ni semuanya ada wifi so tak jadi masalah sangat kalau hang takdak data internet. UKM menyediakan kemudahan wifi percuma dekat fakulti, perpustakaan , kolej , Cafe dan macam-macam tempat lagi laa.. Kalau wifi kat bilik paling best, sebab bilik saya sambungan wifi agak laju.. Siap layan drama lagi weh... ahahahahahahah... Kantoi..
4. Perkhidmatan Bas
Nama bas di UKM ini dikenali sebagai Bas kiffah..Bas di UKM ni mempunyai jadual yang disusun mengikut zon 2, zon 3 dan zon 6. Okay bas bagi kolej saya iaitu kolej Keris Mas mempunyai dua iaitu zon 3 dan zon 6. Perjalanan bas ini akan bermula dari kolej kitaorang then baru dia gerak ke kolej lain.Oleh sebab kelas paling awal saya pada pukul 8 pagi, maka saya biasanya akan bersiap lebih kurang pukul 7.30 pagi. Untuk ke kelas , saya akan menaiki bas kiffah ini memandangkan saya tiada kenderaan lain di UKM ni, Sebenarnya best ja naik bas ni. Bas universiti besar-besar seperti bas ekspress. Cara pemanduan abang bas ni masyallah boleh dikatakan laju jugak erk.. Kadang tu kalau saya kena berdiri sebab tempat duduk penuh rasa macam nak tersembam jugak bila dia main belok
5. kawan-kawan?
Sebut fasal kawan alhamdulillah setakat ni saya dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik. Bagi saya belajar dekat UKM ni menggalakkan saya untuk mengenali pelbagai ragam manusia. Bermula dari roomate saya sendiri,jiran-jiran bilik, kawan-kawan kolej, kawan-kawan sabah, coursemate aku yang gila tak habis-habis, rakan-rakan persatuan silat dan tak dilupakan kumpulan tarian . Sepanjang saya menuntut ilmu di bumi UKM ini, saya dapat saksikan sendiri jenis kawan yang ikhlas dan jenis kawan yang tak ikhlas(memandai je aq judge orang.. hahahahah) Tapi, hakikatnya begitulah tapi kuantiti kawan tak penting, yang paling penting adalah kualiti k. saya redha ja berkawan dengan sapa-sapa asalkan membawa kita ke arah kebaikan.yang membawa ke arah keburukan kita cuba untuk jauhi. Yalah hidup di universiti ni takdak sapa yang nak kawal kita.Mana ada lagi pensyarah yang terhegeh-hegeh nak pantau kita.
Mana ada!
semua sibuk dengan urusan masing-masing. ibarat macam kau punya hidup, kau urus sendiri.Begitulah universiti. Tak macamsekolah dulu yang ada cikgu boleh pantau. Walaubagaimana pun, masih ada insan-insan yang sudi, yang saya kira layak diberi penghargaan atas komitmen mereka pada saya cukup membuat hati saya gembira. Alhamdulillah saya ada seorang sahabat yang selalu bantu saya time susah senang.. Dia lah yang menguatkan jiwa saya di UKM dan pembakar semangat saya untuk terus menuntut ilmu di UKM ni.. Terima kasih Amiza sebab tak kedekut berkongsikan ilmu demgan saya dan mampu bertahan dengan karenah aku yang kadang macam budak-budak. kadang tu saya banyak habiskan masa dekat bilik dia, sebab mintak tolong dia ajarkan mana-mana subjek yang tidak faham.

Salam Izzati,
ReplyDeleteSiap amik video dlm bas tu tak tahan. ingat boleh tgk driver to brake camana :D
anyway, thanks for sharing this. You are one of the few yg choose to post about UKM in their last post. better late than never rite? :D
I wish you best of luck in final and in future inshaAllah.
Take care and fighting!