Friday, November 15, 2019

OHH My Skincare Routine...

Assalamualaikum.. Hai semua !!!

Hari ini saya nak kongsikan dengan hampa semua pasal "Skincare Routine"...


Sekarang ni ramai dah mula aware dengan penjagaan kulit muka.Pelbagai jenis tips yang dikongsikan di instagram, Facebook,Twitter dan youtube..Menarik bukan topik kita pada kali ini? Setiap orang mempunyai rutin penjagaan muka dengan cara tersendiri tidak kira lelaki mahupun perempuan..Tak perlu nak guna jenama yang mahal-mahal sebab ada juga produk drugstore yang korang boleh cuba..Paling penting , hasilnya  sama tiptop macam guna produk antarabangsa.


koleksi skincare saya




Sis pula banyak dapat tips daripada Maisarah Mahmud  yang merupakan pelajar UIA melalui perkongsian di twitternya...Tips yang Maisarah Mahmud share kat twitter memang padu.. Selain Maisarah , seorang instafamous yang bernama Noel Faizal Juga turut memberi pendedahan tips penjagaan muka di instagram dan youtube beliau ..

kalau korang nak tau dulu sis memang tak ambik kisah langsung pasal skincare ni... Lepas ja tengok youtube melalui perkongsian Maisarah Mahmud dan Noel Faizal tentang pentingnya penjagaan muka menyebabkan saya dah mula sedar betapa pentingnya skincare ni.Dari mereka laa saya mula dengan basic skincare dulu... Ini adalah perkongsian yang paling basic aja yaa.. kalau kulit tak bermasalah sangat korang boleh try! Tapi sis nak habaq kulit sis takdak laa glowing sangat,. Muka still tumbuh jerawat even dah amal skincare routine.. Tapi jerawat yang naik seketoi dua jaa... Huhuhuhi,, Ini kes harmon munkin atau jerawat stress nak exam... Normal laa life student kan! kalau hampa nak tau pelbagai jenis produk kat drugstore sis dah cuba.. Banyak jugak duit habis dekat watson sebab nak cantik punya pasai....

Dan kalau hampa nak tau antara rutin yang paling terkenal adalah "The 10-step korean skincare routine". Rutin ni bukan sekadar rutin tau! Korean Skincare Routine ni dah jadi fenomena di seluruh dunia..sis pon baru start amalkan rutin ini..Tapi tak complete lagi 10 steps.. By next month insyallah cukup.. Hihihi.. tengah survey laani produk yang mampu milik.. Sekali sekali invest kat diri sendiri mana tau berkesan kan? Teringin juga nak dapat kulit "Glass Skin"



Langkah 1: Make up remover/ oil cleansing
                                                                                                                                                                 
Cleansing oil Nutox
Make up remover Garnier

"Oil cleanser" sangat berkesan untuk menanggalkan make up dan mencairkan daki-daki pada kulit bawah especially dalam pori-pori.. Dalam step ni hampa boleh guna oil cleanser atau micellar water . Tetapi sis cadangkan hampa guna oil cleasing..Sebab oil cleanser ni lebih power berbanding makeup remover.Lagi satu kalau hampa tak pakai make up sekalipun hampa tetap kena buat step ni sebab sunblock dan mosturizer boleh membuatkan pori-pori kita tersumbat. Bila kita tak bersihkan betoi-betoi pori yang tersumbat tu nanti kulit hampa payah nak serap produk lain..So, cuci la muka elok-elok menggunakan oil cleansing..Oil cleansing Nutox ni sis dah pakai 6 bulan elok juga sebab bila pkai rasa glowing gitu..


Langkah kedua:  pilih pencuci muka yang sesuai



Cleanser adalah langkah terawal dalam mana-mana rutin skincare..Di sini suka saya ingatkan kegunaan cleanser yang sebenar adalah untuk membersih muka kita dari sebarang kotoran , debu dan sisa-sisa makeup.. Itu ja yang perlu kita fokuskan sebab kat watson tu berlambak puncuci muka , macam mana nak tapis semua.. Menurut Maisarah Mahmud di laman twitternya pilih pencuci muka yang ph 5 ke bawah.. Ini kerana ph tinggi akan merosakkan muka kalian.. Pencuci muka di atas antara pencuci muka yang ph yang rendah..



Langkah ketiga : scrub muka



okay step ni sangat penting yaa untuk buang semua sel kulit -kulit mati kat muka kita.untuk scrub sis pakai jenama freeman. Bayangkan kalau kita tak pernah scrub muka kita?  Saya berani jamin mesti banyak sel kulit mati terkumpul dan menyebabkan muka hampa nampak kusam taudak? Contoh bahan yang bagus dalam scrub macam black sugar, Salicylic Acid, dan lactic acid. Hampa boleh dapatkan scrub ni kat watson harga antara RM19-RM20 gitu.. Scrub ni tahan lama... Sebab kita guna 2 kali ja dalam seminggu.. Ingat guys, jangan guna hari-hari sebab boleh menipiskan lapisan kulit korang...


Langkah keempat: pakai toner 

lotion (toner) Hadalaboo yang mempunyai fungsi berbeza-beza..

Selepas hampa cuci muka dengan pencuci muka.. Sebaiknya gunakan toner.. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, saya gunakan Hada Laboo..Hada Laboo di jepun sangat famous kalau korang nak tau. Bayang kan satu botol lotion Hada Laboo telah terjual  setiap 4 saat di Jepun.. Gilakan? saya start pakai toner ni sejak zaman form 6 lagi..Kalau korang nak tau Orang jepun panggil toner sebagai Lotion tau.. Pakai lotion Hada Laboo ni dia moistkan muka kita..

Hada Laboo ada jenis dia :
1.hydrating(botol warna putih)
2. Whitening (botol warna biru)
3.Blemish and oil control(botol warna hijau)
4. Lifting and firming( botol warna merah

So kat sini saya pakai Hada Laboo Whitening Lotion Rich sebab nak bagi muka cerah dan tak kusam okay..Lagi satu botol dia dalan bentuk tube.. Botol dia diperbuat dari plastik so kalau jatuh takdak laa pecahkan.. Boleh tahan 4-5 bulan sebab sekali pakai hanya perlu 3-4 titik.. Jimat sangat-sangat.. Sebelum beli saya akan check dia punya kandungan dia dulu. Produk yang saya pakai ni ada Arbutin dan Hyaluronic Acid.. Hyaluronic Acid ni dapat lembabkan muka korang  and paling best Lotion hada laboo ni dia tulis "ALCOHOL FREE, COLORANT FREE,SKIN PH BALANCED DAN FRAGRANCE FREE".Jadi, hampa boleh cuba ya toner ni๐Ÿ˜.. serius sis tak tipu! Boleh dapatkan kat watson yea..kalau kat Watson habis hampa boleh beli kedai sebelah dia kat Guardian.. hahahhaa..

ini laa toner hada laboo yang saya guna sampai sekarang..

Langkah Kelima: Pakai Serum 

Serum wardah dan serum iunik propolis 

Selepas pakai toner tadi, hampa boleh pakai serum.. Kalau hampa nak pakai serum pilih serum berdasarkan masalah kulit.. Macam saya pilih serum wardah botol warna kuning yang mengandungi vitamin c sebab ia boleh merawat kulit yang kusam.. Serum iunik propolis tu juga antara serum yang best jugak.. Muka nampak glowing laa jugak bila pakai.. 

Langkah keenam : pakai mosturizer(pelembab) 

pelembab Aiken 
pelembab Neutrogena 


Walaupun korang rasa kulit dah cukup lembab bila pakai serum , korang tetap kena pakai mosturizer.. Untuk kulit yang berminyak pun kena pakai mosturizer tau. Kulit kita ni kena pastikan ia sentiasa lembab.. Bila lembab , tak ada peluang untuk sebum nak keluar yang boleh menyebabkan terjadinya jerawat. Sejujurnya saya suka gila dengan pelembap aiken ni. Saya perasan tau kalau jenis kulit saya ni kurang minum air , breakout!Terlebih makan dairy milk, breakout!Tak buat skincare routine 2-3 hari, Breakout! Make up tak sesuai dengan kulit , breakout!

Jadi kat sini sis buat kesimpulan la yea, breakout saya berpunca dari kedegilan diri sendiri yang mencari pasal..Hah? siapa suruh malas minum air kosong kan.. kan muka dah jerawat.. Dan siapa suruh makan dairy milk tak ingat dunia? so, salah satu nak kawal jerawat ialah minum air kosong yang banyak..okay sambung balik pasal mosturizer aiken, mosturizer ni sis suka gila sebab texture dia tak melekit sangat dan ia mengandungi tea tree oil yang boleh kecutkan jerawat. Murah ja aiken ni dalam RM12 gitu kat watson. Sesuai la untuk student macam kita ni...Lagi satu, pelembab dari neutrogena pon texture dia ringan dan tak melekit okay.. Pelembab neutrogena ni harga dia mahal sikit.. Tapi, kesan dia tak mengecewakan..Korang boleh laa try.. Sumpah tak tipu..


Langkah ketujuh: wajib pakai sunblock!




okay last sebelum keluar rumah  pada waktu siang hampa memang wajib kena pakai sunblock. Kalau korang nak make up yang penting apply dulu sunblock. Sunblock ni wajib pakai naa tak kira laa kulit hampa jenis berminyak kaa ..Kalau hampa keluar rumah tidak pakai sunblock , sia-sia ja hampa ikut skincare routine di atas.Sinar UV senang-senang jaa boleh tembus ke lapisan kulit.. Orang korea yang lelaki pon pakai sunblock tau bila keluar rumah. so saya cadangkan sunblock jenama biore ni memang best sebab dia tak melekit sangat.. Harga Sunblock ni pon harga mampu milik..


Okay sampai di sini sahaja perkonsian saya . Sekian Terima Kasih ..










14 comments:

  1. Woww thank youu sebab share rutin skincare awk..sgt bermanfaat utk saya๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  2. Welcome yuni.. bleh laa cuba try lpasni

    ReplyDelete
  3. Thank you!!!! share rutin skincare ni sangat berguna๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Salam Izzati,
    Very useful tips you have here.
    Penerangan yg baik siap dengan gambar, good job!
    Keep it up!

    ReplyDelete
  5. Assalam sis,sy ada baca entry sis ni..memang terbaik sbb sis jenis amek berat tntg skincare routine. bagus giler..Cuma pemakaian banyak produk dlm satu masa akn bg effect tak elok kat muka kita dlm jgka masa akn dtg..sy pn mcm sis. memula xkesah n xjaga muka..tapi sejak kenal Mary Kay,cenggini sis effect dia TERBAIKK..ada warranty,jimat tahan lama guna 1 set tu dan kualiti antarabangsa.and plg pntg ada jenis yang ikut kesesuain jenis kulit muka kita..jom,sy consult sis..free je sy buat..xd cas lgsg..nk tau jenis kulit muka kita and dpt brg yg tepat..xpyh pakai bnyk2 produk..setia 1 je sis..betul sy ckp..ni no sy 0188747414 wasap je k..sy laila duk nilai

    ReplyDelete
  6. Assalam sis,sy ada baca entry sis ni..memang terbaik sbb sis jenis amek berat tntg skincare routine. bagus giler..Cuma pemakaian banyak produk dlm satu masa akn bg effect tak elok kat muka kita dlm jgka masa akn dtg..sy pn mcm sis. memula xkesah n xjaga muka..tapi sejak kenal Mary Kay,cenggini sis effect dia TERBAIKK..ada warranty,jimat tahan lama guna 1 set tu dan kualiti antarabangsa.and plg pntg ada jenis yang ikut kesesuain jenis kulit muka kita..jom,sy consult sis..free je sy buat..xd cas lgsg..nk tau jenis kulit muka kita and dpt brg yg tepat..xpyh pakai bnyk2 produk..setia 1 je sis..betul sy ckp..ni no sy 0188747414 wasap je k..sy laila duk nilai

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Menariknya sampai 10 steps! Eh tapi sampai 7 je tu, sis boleh sambung?

    Best kan kalau kulit macam orang Korea tu.. suka tengok memang cantik betul kulit diorang!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Wah prinsip yang menarik untuk memulakan amalan pemakanan yang sihat

    ReplyDelete
  11. fuiyoh, banyak betul produk skin care nak guna ni ... kalau bagi saya, nak mudah je .. tak lebih dari 5 .. itu pun saya belajar skin care routine malaysia dari blogger lol

    ReplyDelete

UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum semua Harini saya nak bercerita dengan hampa semua tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di UKM lebih kuran...