Tuesday, October 1, 2019

Pengalaman menjadi pelajar STPM

KEHIDUPAN BERGELAR SEBAGAI  PELAJAR FORM 6




Assalammualaikum...

Terima kasih kerana singgah di blog saya 😊



Harini saya nak bercerita tentang pengalaman saya sebagai pelajar tingkatan 6 di sebuah Sekolah menengah. Seperti kita sedia maklum STPM merupakan sijil yang diiktiraf oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Namun ada sesetengah pihak menyangka STPM tidak laku dan merugikan masa. Bagi saya STPM adalah pilihan yang tepat bagi adik-adik lepasan SPM yang masih tidak mempunyai haluan yang jelas. Ini kerana banyak universiti awam yang mengutamakan pelajar STPM untuk menyambung pengajian di peringkat degree . Saya yakin semua orang dah tau dan sedar  apa itu tingkatan 6. kalau hampa nak tau form 6  ni merupakan peperiksaan yang ke-3 tersusah di Asia Tenggara dan ke-7 tersusah di dunia..



Okay kat sini saya nak bagitau bahawa masuk ja form 6 hati kena betul-betul cekal kerana tingkatan 6 ini adalah proses mematangkan cara berfikir terutamanya Pengajian Am.. kalau hampa nak tau Pengajian Am antara subjek yang killer laa bagi form 6 dan wajib dapat kredit untuk melayakkan diri anda untuk masuk ke universiti awam. Masa STPM saya ambil 4 subjek iaitu pengajian Am , sejarah, syariah dan pengajian perniagaan. Untuk pengetahuan semua, suasana kelas  tingkatan 6 tidak ubah  seperti suasana di bilik darjah . Susunan meja mengikut sistem pembelajaran terkini iaitu pembelajaran abad ke -21.



Bagi saya sejarah juga antara subjek yang susah nak skor almaklum laa saya tak berapa minat sejarah.. Asal buka buku sejarah jaa, mulut asyik menguap.. silibus sejarah untuk ketiga-tiga sem adalah berlainan tema.. Sem 1 anda akan belajar sejarah dunia , sem 2 tema sejarah islam dan sem 3 anda akan belajar sejarah di asia tenggara  sebab tu laa saya suka buat study group dengan kawan-kawan bila nak study sejarah.. Lagi satu sejarah ni terlalu banyak nama tokoh yang kena ingat ..Nama tokoh yang saya ingat dan hafal sampai sekarang adalah  Raden Mas Tirtoadisurjo dan Omarsaid Tjokroaminoto merupakan tokoh indonesia yang terlibat dalam penubuhan sarekat islam indonesia.. Nama dua tokoh ni laa yang saya ngan kawan-kawan asyik sebut sebelum exam kerana bagi kami nama tokoh tersebut susah  untuk diingati.. Setiap pagi kawan saya akan sebut nama tokoh tersebut untuk memastikan saya dan kawan-kawan yang lain selalu ingat ..


kawan seperjuangan di waktu STPM 


Sepanjang saya berada di form 6 saya cuba mengaktifkan diri dalam pengakap kelana dengan menghadiri pelbagai kem yang dianjurkan .. Stress jugak kalau asyik mengadap buku 24 jam.  Antara aktiviti pengakap yang sering dianjurkan ialah  aktiviti perkhemahan.. Kami sebagai kelana akan bertungkus lumus terlibat menganjurkan program perkhemahan di peringkat negeri kedah. program yang dianjurkan oleh pengakap dapat memantapkan lagi jati diri dan kemahiran insaniah.. Ini kerana pengakap  kelana perlu memimpin pelajar sekolah menengah dan rendah

Okay sampai di sini sahaja coretan saya pada hari ini.. Diharapkan pembaca sekalian dapat gambaran macam mana kehidupan di tingkatan 6..
masa ni jadi kelana untuk kem korobori pengakap






2 comments:

  1. Salam Izzati,
    Isi yg bagus dan padat dgn informasi.
    siap sekali dgn gambaq.
    Good one.
    label checked. very good.
    overall, good job done. keep it up!

    ReplyDelete

UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum semua Harini saya nak bercerita dengan hampa semua tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di UKM lebih kuran...