Bismillahirrahmanirrahim....
Pada 02 september 2019 saya telah mendaftarkan diri ke UKM.. Alhamdulillah berkat usaha saya selama ini dalam STPM telah membuatkan ibu bapa saya gembira apabila ditawarkan belajar ke UKM dalam jurusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian selama tiga tahun.. Walaupun pada awalnya UKM bukan lah pilihan pertama saya tetapi saya bersyukur kerana Allah takdirkan saya di sini.. Masa pagi pendaftaran tersebut, ketika saya hendak bersiap-siap rasa berat hati untuk mendaftar diri sebagai pelajar.. Tapi inilah cita-cita saya selama ni. Jadi saya terpaksa berkorban sedikit untuk mak ayah saya. Setelah lama mencari , akhirnya saya tiba di pintu masuk UKM. Terpampang Universiti Kebangsaan Malaysia di pintu utama.. Hati mula berdebar..Seperti kita sedia maklum bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia adalah antara 5 universiti yang terbaik dalam Malaysia..Pejam celik pejam celik dah 3 minggu saya di UKM. Masih segar lagi Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) dalam ingatan saya kerana di sini banyak benda baru saya belajar, banyak kenangan yang tercipta dan banyak ukhwah persahabatan telah terbina.. Orientasi ukm adalah orientasi paling sempoi sekali kerana ia tidak membosankan dan tidak terkejar masa.
Pendaftaran akhirnya berjalan dengan lancar Maka semua ahli keluarga saya mula membantu mengangkat segala barang saya untuk dibawa ke tingkat lima. Setelah melihat bilik yang akan saya huni selama 3 tahun di sini, tibalah masa keluarga saya pulang.. Masa tu sebak sangat rasa nak teriak taktau nak habaq (longhat utara). Sebelum pulang, mak ada belikan nasi bungkus untuk dimakan masa tengah hari.. Tapi masatu selera makan pun tidak tahu hilang entah kemana.. Masa semua ahli keluarga mula tinggalkan saya , air mata saya mula bergenang masa bersalaman dengan mak.. Masatu empangan air mata tak tertahan.. Maklum lah saya tidak pernah berjauhan dengan mak...
|
Bergambar dulu sebelum keluarga saya pulang ke kedah |
Kemudian, saya mula berkenalan dengan rakan sebilik yang dikenali sebagai Sharifah Shailyani Asfanizah yang berasal dari Ranau, sabah. Masa hari pertama orientasi , aktiviti yang dijalankan lebih kepada berkenal-kenalan antara pihak Pemudah Cara (PC) dengan pelajar baharu. Aktiviti MMM banyak dijalankan di kolej masing-masing.. Eh lupa nak bagitau kolej keris mas merupakan kolej baharu yang dibina dan merupakan antara kolej yang terbesar selain kolej Pendeta Zaba. Jadi, bangunan kolej keris mas ni bangunan dia nampak baru berbanding kolej-kolej yang lain. Selain itu, Fakulti masing-masing juga turut menjalankan program suai kenal. saya dari fakulti Ekonomi dan pengurusan. Program di fakulti lebih kepada latihan dalam kumpulan.. semua kumpulan telah diarahkan untuk membina sebuah bangunan menggunakan spageti yang dberi mengikut kretiviti masing-masing..