Bertemu lagi kita hari ini walaupun minggu ni saya agak sibuk dengan peperiksaan, latihan silat ,dan terlibat dengan seketariat kolej tapi saya masih diberi kesempatan untuk menulis Blog ini.Hari ni saya nak kongsikan dengan hampa semua pasal benda baru yang saya baru belajar kat UKM ni.. Nak tau
apadia?
kalau korang nak tau saya baru ja menyertai silat Gayung di bawah program citra.Bila baru masuk silat banyak benda baru yang saya belajar..Kenapa mesti belajar seni pertahankan diri? Bagi saya ilmu mempertahankan diri ini macam ilmu berenang la. Kita belajar sebagai persiapan belum tentu lagi nak guna, tapi pada masa akan datang kita taktau kan? Mana tau nanti tetiba kita naik bot tanpa jaket keselamatan , lepastu bot tu karam, Haa masa tu baru la fikir kenapa laa dulu aku tak belajaq berenang..
Samala dengan ilmu mempertahankan diri ni..Nanti bila dah terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan kita mempertahankan diri, takkan masa tu nak menyesal kenapa dulu tak belajaq seni mempertahankan dirikan? okay kadang ada yang tanya aku kenapa awak belajar silat? penting ka? saya cukup hangat hati bila ada yang kata sekarang orang dah tak main dah silat semua tu..sekarang orang pakai pistol..Amboi depa boleh cakap kencang noh..Yaa! betul sangat! Meh sis nak tanya , yang cakap tu ada pistol ka? Orang malaysia ni bawak pistol macam beg duit ka? So mana lagi relevan? silat atau pistol .. Haa pilih-pilih..
Kalau awak semua nak tau silat lah senjata yang digunakan oleh nenek-nenek moyang kita dulu untuk membunuh musuh, mengusir penjajah dan mempertahankan negeri.. Alat yang mereka gunakan untuk bersilat adalah seperti keris,parang dan sebagainya. okay hari ini saya nak kongsikan dengan kalian semua beberapa teknik asas silat yang baru saya pelajari.
Teknik Asas Silat:
1. Tumbuk lurus pintal tali
-kalau korang nak tumbuk lurus ,kaki korang kena duduk dalam keadaan sedia iaitu tarik kaki kanan ke belakang dan kedudukan bertapak kuda-kuda.
-kemudian tangan kanan tumbuk lurus ke hadapan, pusing tapak menghadap ke sebelah kanan balas tangan kiri tumbuk lurus kemudian pusing semula menghadap ke hadapan.
Tumbuk lurus Pintal tali |
pastikan kaki kalian duduk dalam keadaan sedia dengan tarik kaki kanan ke belakang dan kedudukan bertapak kuda-kuda
-then tangan kanan pancung sambil pusing tapak menghadap ke sebelah kanan balas tangan kiri pancung dayung sambil menhadap ke hadapan.. kemudian ulang pergerakan di atas..
3.Lambung kemudi( Tendang lurus)
-berdiri dalam keadaan sedia iaitu kaki kanan tarik ke belakang manakala kaki kiri ke depan serta kedudukan bertapak kuda-kuda.
-kemudian kaki kanan tendang lurus ke hadapan balas kaki kiri.
Asas elakan:
1.Tangkis kuak sisi dalam
2.Tangkis bawah
3.Tangkis atas
4. Elak Dalam
5 Juring Pelipat Balas Pancung
Buah tapak kunci mati :
1. Kilas Sawa Berendam
2.Kilas Payung atau dikenali Patah Dayung pikul mayat
Lompat Harimau
part ni sis dengan kawan-kawan paling susah nak buat ..Tapi okay jaa menjadi laa jugak.. sebab part ni melibatkan gulingan badan.. sapa yang selalu main guling-guling kat umah tu okay laa...
Lompatan Harimau |
1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Hadapan dengan senjata di tangan kanan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kiri + Tenggiling ke belakang + Diakhiri dengan melenting ulat
2. Teknik harimau menghambur mangsa .. yang ni kami kena lompat merentasi halangan..untuk yang baru masuk silat macam sis ni.. cukup hanya buat lompatan menggunakan satu anak kambing.. nak au cara dia? cara dia adalah salah seorang kena merangkak macam anak kambing tu, then kami akan lompat melepasi badan kawan yang merangkak tadi..
Pergerakan Bunga Tanjung
Ahli silat gayung UKM |
Mcm tergantung je post awak ni. takde penutup ..
ReplyDeleteMungkin ada sambungan next time?
but still, perlu buat penutup ya.
betulkan nnt ok :D
keep it up!