Assalamualaikum Guys,
Hari ini saya nak bercerita pengalaman saya menghadiri kem yang dianjurkan di bawah persatuan silat baru- baru ini di hutan pendidikan alam di UKM.. Untuk pengetahuan semua ahli baharu yang menyertai silat wajib menyertai kem interaksi silat gayung ini.. Kem ini berlansung selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya pada awalnya saya tak minat sangat pun kem ini ya laa siapa jaa yang rela bermalam di hutan .. Tetapi kem ni jadi lebih seronok bila aktiviti disini diisi dengan program suai kenal antara satu sama lain... kami juga telah diagihkan mengikut kumpulan masing-masing..
Ahli kumpulan saya terdiri daripada 10 orang ahli dan nama kumpulan telah diberi nama "Kerambit'.. untuk pengetahuan hampa nama kumpulan diberi atas nama senjata yang digunakan untuk bersilat antaranya terdapat kumpulan parang, pisau, cindai,sembat,keris , dan lembing ..
Ahli kumpulan kami |
Kami juga telah diarahkan untuk lukis peta UKM.. Cara permainan ini ialah setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk melihat peta di depan.. Dan setiap wakil kumpulan diberi masa dua minit untuk menghafal peta ukm yang diberi... Wakil kumpulan yg pergi ke hadapan tadi perlu memberi tahu ahli kumpulan apa yang mereka ingat dalam peta yang mereka lihat... kumpulan kami akhirnya dapat melukis peta UKM dengan cantik sekali..
Selain itu,setiap kumpulan juga turut diberi sekeping kertas A4 putih dan cara permainannya ialah semua ahli kumpulan perlu masuk dalam kertas putih tu.. Jadi kami semua gunting jadikan kertas seperti tali... Akhirnya kumpulan kami semua berjaya masuk ke dalam kertas tersebut ...
Di samping itu, kami juga mempunyai cheers kumpulan tersendiri... Kami jugaa turut diuji dengan memasukkan bola pingpong ke dalam bakul dgn menggunakan tali plastik.. Kumpulan kami juga telah tewas dalam permainan ini..dah banyak kali kami cuba anyam tali plastik untuk membawa dengan baik bola pingpong masuk ke dalam bakul tetapi tidak berjaya jugaa..
Kemudian , tepat pukul 12.00 malam kami juga telah diarahkan untuk berjalan pada waktu malam dalam hutan... Aktiviti ini juga dikenali sebagai night walk..waktu ni saya rasa macam seram jaa tengah malam nak kena berjalan dalam hutan.. Akhir sekali , pada keesokan harinya aktiviti lasak seperti jungle trekking turut diadakan,, masa ni memang baju kena lumpur habis laa.. Kena denda teruk jugak sebab tak boleh nak jawab soalam yang diajukan oleh pengajur. Sampai di sini sahaja blog saya pada hari ini... sekian terima kasih,,,
kami dipaksa untuk merangkak dan disimbah lumpur.. |
waktu ni kumpulan saya kena denda sebab tak boleh menjawab soalan |
Salam Izzati,
ReplyDeleteNice posting you have here. you must have fun there. Keep joining in this kind of activity that could give you more experience and knowledge as well.
But u seemed missing your label here. correct that ok.
Thanks