Sunday, December 8, 2019

UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum semua

Harini saya nak bercerita dengan hampa semua tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di UKM lebih kurang 3 bulan .. Saya merupakan pelajar lepasan STPM dan telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di UKM. UKM adalah satu-satu tempat yang best . Mula-mula nak masuk dulu macam-macam terlintas kat otak. Tapi bila dah masuk UKM memang saya sangat-sangat teruja .Nak tau dak kenapa saya suka dengan UKM?



1. Cara pembelajaran


Mengenai cara pembelajaran di UKM , saya pada mulanya agak culture shock jugalah memandangkan Pengajar kami adalah golongan profesional yang sudah menerbitkan banyak kajian tesis dan journal. Setiap  pensyarah ini mempunyai personaliti dan gaya mengajar yang berbeza. Lagi satu jadual belajar takdak aa padat sangat. Bila masuk UKM pelajar itu sendiri diberi peluang untuk cipta jadual kelas. Selalunya budak lelaki suka pilih kelas petang sebab malas nak bangun pagi. Semua tu terpulang dekat pelajar itu sendiri. Kalau jadual saya setiap hari ada kelas di waktu pagi dan satu hari sahaja di sebelah petang.Ada hari yang ada kelas, dan ada hari yang kelas batal. Kalau keas cancel syok laa, tapi yang tak syok nak kena ganti balik.  lagi satu part paling sedih, bila hang dah siap mandi , pakai baju elok-elok nak pi kuliah sekali pensyarah bagitau last minit kelas cancel. part tu yabf yang tak best. Dulu kalau zaman STPM tepat jam 7 pagi dah kena ada kat sekolah.  Kadang petang baru sampai rumah sebab ada kelas tambahan.






2. Pemandangan yang cantik

Pemandangan UKM sangat cantik dan sesuai laa untuk student ber "ootd". UKM adalah tempat yang sesuai sangat nak belajar sebab kawasannya dikelilingi hutan . Dalam banyak-banyak universiti yang ada di Malaysia, UKM adlah salah satunya universiti yang ada hutan simpan. Suasana yang macam ni laa sesuai untuk belajaq. Walaupun banyak monyet kat sini tapi ini adalah satu pengalaman bagi saya. Even saya selaau kena kejar dengan monyet-monyet kat UKM..









3. Kemudahan internet 
UKM punya wifi alhamdulillah laju.. Pi la mana-mana tempat kat UKM ni semuanya ada wifi so tak jadi masalah sangat kalau hang takdak data internet.  UKM menyediakan kemudahan wifi percuma dekat fakulti, perpustakaan , kolej , Cafe dan macam-macam tempat lagi laa.. Kalau wifi kat bilik paling best, sebab bilik saya sambungan wifi agak laju.. Siap layan drama lagi weh... ahahahahahahah... Kantoi.. 


4. Perkhidmatan Bas 
Nama bas di UKM ini dikenali sebagai Bas kiffah..Bas di UKM ni mempunyai jadual yang disusun mengikut zon 2, zon 3 dan zon 6. Okay bas bagi kolej saya iaitu kolej Keris Mas mempunyai dua iaitu zon 3 dan zon 6. Perjalanan bas ini akan bermula dari kolej kitaorang then baru dia gerak ke kolej lain.Oleh sebab kelas paling awal saya pada pukul 8 pagi, maka saya biasanya akan bersiap lebih kurang pukul 7.30 pagi. Untuk ke kelas , saya akan menaiki bas kiffah ini memandangkan saya tiada kenderaan lain di UKM ni, Sebenarnya best ja naik bas ni. Bas universiti  besar-besar seperti bas ekspress. Cara pemanduan abang bas ni masyallah boleh dikatakan laju jugak erk.. Kadang tu kalau saya kena berdiri sebab tempat duduk penuh rasa macam nak tersembam jugak bila dia main belok




 5. kawan-kawan? 

Sebut fasal kawan alhamdulillah setakat ni saya dikurniakan kawan-kawan yang sangat baik. Bagi saya belajar dekat UKM ni menggalakkan saya untuk mengenali pelbagai ragam manusia. Bermula dari roomate saya sendiri,jiran-jiran bilik, kawan-kawan kolej, kawan-kawan sabah, coursemate aku yang gila tak habis-habis, rakan-rakan persatuan silat dan tak dilupakan kumpulan tarian . Sepanjang saya menuntut ilmu di bumi UKM ini, saya dapat saksikan sendiri jenis kawan yang ikhlas dan jenis kawan yang tak ikhlas(memandai je aq judge orang.. hahahahah) Tapi, hakikatnya begitulah tapi kuantiti kawan tak penting, yang paling penting adalah kualiti k. saya redha ja berkawan dengan sapa-sapa asalkan membawa kita ke arah kebaikan.yang membawa ke arah keburukan kita cuba untuk jauhi. Yalah hidup di universiti ni takdak sapa yang nak kawal kita.Mana ada lagi pensyarah yang terhegeh-hegeh nak pantau kita.

Mana ada!

semua sibuk dengan urusan masing-masing. ibarat macam kau punya hidup, kau urus sendiri.Begitulah universiti. Tak macamsekolah dulu yang ada cikgu boleh pantau. Walaubagaimana pun, masih ada insan-insan  yang sudi, yang saya kira layak diberi penghargaan atas komitmen mereka pada saya cukup membuat hati saya gembira. Alhamdulillah saya ada seorang sahabat yang selalu bantu saya time susah senang.. Dia lah yang menguatkan jiwa saya di UKM dan pembakar semangat saya untuk terus menuntut ilmu di UKM ni.. Terima kasih Amiza sebab tak kedekut berkongsikan ilmu demgan saya dan mampu bertahan dengan karenah aku yang kadang macam budak-budak. kadang tu saya banyak habiskan masa dekat bilik dia, sebab mintak tolong dia ajarkan mana-mana subjek yang tidak faham.










Tuesday, December 3, 2019

Apa itu Double Cleasing ?

Assalamualaikum Guys

Hari saya nak kongsikan ngan korang semua pasal "double cleansing" Pernah dengaq tak Double Cleansing?saya confirm korang mesti pernah dengaq word "double Cleansing" kan.. ?

Actually, double cleansing ni merupakan basic step yang penting and hampa wajib buat dalam routine skincare hampa..Blog sebelum ni saya ada kongsikan tentang  rutin skin care.. Tapi blog kalini saya nak share dengan kalian semua tentang pentingnya Double Cleansing...


kalau hampa nak tau mazhab double cleansing ni sebenarnya berasal dari Korea. Seperti pantasnya berkembang produk skincare korea ke negara kita , seperti itu juga laa pantasnya tersebar amalan penjagaan kulit dari korea ini.

okay, selalunya teknik cucian berganda ini merupakan cucian dua kali menggunakan dua jenis cleanser yang berbeza. Cucian pertama biasanya menggunakan pencuci tanpa buih yang berasaskan minyak.Manakala Cucian kedua pula dengan menggunakan pencuci muka biasa yang berlambak dekat watson tu..Pencuci muka ni ada dua jenis sepert gel cleanser dan foam facial face..



Dulu masa saya taktau apa itu Double Cleansing ni selalu pikir double cleansing tu cuci muka dua kali 😌 ohh tidak!!!Aku dah tersalah konsep 😂 Hahahaha.. So, bila dah lama rajin-rajin membaca , then tau dah Double Cleanser tu apa... Jangan gelak please ...

Double cleansing kalau ikutkan betul la cuci muka dua kali but bukan la dengan face wash yang biasa tu.. Tapi korang kena gunakan oil cleanser..

Baru-baru ini saya guna oil cleanser dari jenama Nutox.. Harga dia dalam  RM 48  gitu ..Hampa boleh ja cari kat watson, Guardian , shoppee dan seangkatan dengannya..



Ada yang tertanya-tanya.. Penting ke Double Cleansing?

Jawapannya yaa!!! Penting sangat-sangat!!!!
pencuci muka yang biasa yang kita dok pakai tu hanya boleh hilangkan kotoran dan debu sahaja..

 Pencuci muka yang biasa tu tak mampu nak tarik minyak yang ada pada foundation, bb cream , sunblock cream , dan make up bersifat kalis air . Konsepnya mudah, oil cleanser akan tarik keluar oil dari wajah. Kalau minyak tak dibersihkan dengan sempurna,pori akan mudah tersumbat dan mengundang pelbagai masalah kulit dan skin breakout ..


Teknik double cleansing ni kalau diamalkan secara konsisten ,kesan yang paling ketara korang boleh nampak adalah liang pori hampa akan mengecil dan kulit akan menjadi lebih smooth dan bercahaya(glowing).

Bila perlu buat double cleansing ni?
Normally, saya akan buat double cleansing pada belah malam. sebab time tu sis dah tak pkai bedak, foundation, or segala mak nenek make up dekat muka sebab oil cleansing ni function dia nak bersihkan kotoran or benda-benda yang dari make up korang yang cleanser tak dapat nak removekan. Kalau waktu pagi cukuplah sekadar cuci muka dengan facial wash .. kemudian boleh teruskan dengan amalan rutin scincare yang lain yaa...

okay sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini .. Terima kasih daun keladi laa sapa yang sanggup baca blog saya sampai habis ni. semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua...

Friday, November 29, 2019

Econt Hunt

Assalamualaikum kepada hampa semua..

Hari ni saya nak share dengan kalian semua mengenai pengalaman baru yang saya dapat sewaktu mengikuti Program Econthunt baru-baru ini  di UKM.. Pernah dengar tak ECONTHUNT?

Kalau korang nak tau Econthunt ni adalah satu program yang dijalankan di UKM bagi pelajar yang ambil subjek Makroekonomi dan diwajibkan kepada pelajar tahun satu. Pemarkahan yang diperoleh dalam acara Econthunt  akan direkodkan dan termasuk dalam permarkahan keseluruhan bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Makroekonomi tahun ini..Ala Econthunt ni lebih kurang macam "Running Man" gituu.. Kena redah satu UKM untuk dapatkan petunjuk..

ini merupakan team kami


Objektif Econthunt dijalankan untuk memupuk pelajar bekerja secara berpasukan , berkomunikasi secara berkesan , membina keyakinan diri serta dedahkan pelajar dengan realiti makroekonomi Malaysia . Lagi satu kalau hampa nak tau Econt Hunt ini telah melibatkan 36 lokasi strategik dalam UKM.







Setiap pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan merentasi set kursus Makroekonomi. Pencarian lokasi berdasarkan pembayang(clue) akan diberikan oleh pihak urusetia melalui aplikasi telefon pintar. Haa masa ni kelam kabut group kami sebab tak buat persediaan awal.. yela group lain ada yang sanggup sewa kereta .. Group kami ambik kau pakat berpecah -pecah..ada yang naik bas and sanggup tunggu bas panas-panas.. Ada jugak naik grab.. Macam-macam cara laa kami guna.. Asalkan cepat sampai ke destinasi..




contoh clue yang depa bagi






Antara contoh pembayang(clue) yang diselitkan dengan Bahasa Sepanyol, Morse Code, Bahasa Isyarat,Nokia Keypad Alphabet,Twitter Code dan Kod rahsia. Setiap kumpulan ni kiranya kena alert laa dengan pembayang yang depa bagi untuk pecahkan kod rahsia.Ini kerana clue yang diterima mengandungi maklumat lokasi yang akan dituju dan objek yang akan diimbas untuk mendapatkan soalan makroekonomi. Dalam masa yang sama setiap pembayang(clue) akan musnah dalam masa yang singkat.so, pelajar kena cepat bergerak ke lokasi masing-masing. Setelah habiskan cabaran di setiap lokasi , wakil kumpulan perlu menunjukkan bukti.

Video teka suara pensyarah



Lagi satu, setiap kumpulan perlulah selpie berlatang belakang lokasi-lokasi yang telah berjaya dikenalpasti (berdasarkan pembayang dan dimasukkan ke dalam link folder yang akan ditetapkan). Setiap kumpulan perlu habiskan tugasan ini sebelum jam 6.00 petang. jika ahli kumpulan gagal buat apa yang diminta menyebabkan ahli kumpulan tersebut kehilangan markah. Untuk pengetahuan semua masa detik-detik akhir permainan, tetiba hujan turun dengan lebat.. maka menyukarkan kami lagi untuk bergerak ke destinasi seterusnya.. Lama jugak tunggu hujan berhenti ..  Gambar di bawah merupakan lokasi yang kami jumpa soalan makro ..


















Hahahahaha... rasa lawak pulak bila tengok muka-muka  ahli kumpulan masing-masing kena selpie dengan lokasi yang mereka jumpa soalan makro...Hahahaa, semua buat muka redha ja laa kena bergambar..Melalui Econt Hunt saya dapat pengalaman baru iaitu kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerjasama antara kumpulan.. Apapon sampai disini sahaja coretan saya hari ini.. Semoga kita berjumpa lagi di lain slot..


sekian, Terima kasih..





Wednesday, November 20, 2019

SILAT GAYUNG

Assalamualaikum Guys...

Bertemu lagi kita hari ini walaupun minggu ni saya agak sibuk dengan peperiksaan, latihan silat ,dan terlibat dengan seketariat kolej tapi saya masih diberi kesempatan untuk menulis Blog ini.Hari ni saya nak kongsikan dengan hampa semua pasal benda baru yang saya baru belajar kat UKM ni.. Nak tau
apadia?





kalau korang nak tau saya baru ja menyertai silat Gayung di bawah program citra.Bila baru masuk silat banyak benda baru yang saya belajar..Kenapa mesti belajar seni pertahankan diri? Bagi saya ilmu mempertahankan diri ini macam ilmu berenang la. Kita belajar sebagai persiapan belum tentu lagi nak guna, tapi pada masa akan datang kita taktau kan? Mana tau nanti tetiba kita naik bot tanpa jaket keselamatan , lepastu bot tu karam, Haa masa tu baru la fikir kenapa laa dulu aku tak belajaq berenang..

Samala dengan ilmu mempertahankan diri ni..Nanti bila dah terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan kita mempertahankan diri, takkan masa tu nak menyesal kenapa dulu tak belajaq seni mempertahankan dirikan? okay kadang ada yang tanya aku kenapa awak belajar silat? penting ka?  saya cukup hangat hati bila ada yang kata sekarang orang dah tak main dah silat semua tu..sekarang orang pakai pistol..Amboi depa boleh cakap kencang noh..Yaa! betul sangat! Meh sis nak tanya , yang cakap tu ada pistol ka? Orang malaysia ni bawak pistol macam beg duit ka? So mana lagi relevan? silat atau pistol .. Haa pilih-pilih.. 


Kalau awak semua nak tau silat lah senjata yang digunakan oleh nenek-nenek moyang kita dulu untuk membunuh musuh, mengusir penjajah dan mempertahankan negeri.. Alat yang mereka gunakan untuk bersilat adalah seperti keris,parang dan sebagainya. okay hari ini saya nak kongsikan dengan kalian semua beberapa  teknik asas silat yang baru saya pelajari.

Teknik Asas Silat: 

1. Tumbuk lurus pintal tali
-kalau korang nak tumbuk lurus ,kaki korang kena duduk dalam keadaan sedia iaitu tarik kaki kanan ke belakang dan kedudukan bertapak kuda-kuda.
-kemudian tangan kanan tumbuk lurus ke hadapan, pusing tapak menghadap ke sebelah kanan balas tangan kiri tumbuk lurus kemudian pusing semula menghadap ke hadapan.

Tumbuk lurus Pintal tali 


2 Pancung dayung
pastikan kaki kalian duduk dalam keadaan sedia dengan tarik kaki kanan ke belakang dan kedudukan bertapak kuda-kuda
-then tangan kanan pancung sambil pusing tapak menghadap ke sebelah kanan balas tangan kiri pancung dayung sambil menhadap ke hadapan.. kemudian ulang pergerakan di atas..



3.Lambung kemudi( Tendang lurus)
-berdiri dalam keadaan sedia iaitu kaki kanan tarik ke belakang manakala kaki kiri ke depan serta kedudukan bertapak kuda-kuda.
-kemudian kaki kanan tendang lurus ke hadapan balas kaki kiri.


Asas elakan: 

1.Tangkis kuak sisi dalam
2.Tangkis bawah
3.Tangkis atas
4. Elak Dalam
5 Juring Pelipat Balas Pancung


Buah tapak kunci mati : 

1. Kilas Sawa Berendam
2.Kilas Payung atau dikenali Patah Dayung pikul mayat


Lompat Harimau
part ni sis dengan kawan-kawan paling susah nak buat ..Tapi okay jaa menjadi laa jugak.. sebab part  ni melibatkan gulingan badan.. sapa yang selalu main guling-guling kat umah tu okay laa...


Lompatan Harimau 


1. Tenggiling Hadapan + Tenggiling Hadapan dengan senjata di tangan kanan + Tenggiling hadapan dengan senjata di tangan kiri + Tenggiling ke belakang + Diakhiri dengan melenting ulat
2. Teknik harimau menghambur mangsa .. yang ni kami kena lompat merentasi halangan..untuk yang baru masuk silat macam sis ni.. cukup hanya buat lompatan menggunakan satu anak kambing.. nak au cara dia? cara dia adalah salah seorang kena merangkak macam anak kambing tu, then kami akan lompat melepasi badan kawan yang merangkak tadi..




Pergerakan Bunga Tanjung 



Ahli silat gayung UKM

Friday, November 15, 2019

OHH My Skincare Routine...

Assalamualaikum.. Hai semua !!!

Hari ini saya nak kongsikan dengan hampa semua pasal "Skincare Routine"...


Sekarang ni ramai dah mula aware dengan penjagaan kulit muka.Pelbagai jenis tips yang dikongsikan di instagram, Facebook,Twitter dan youtube..Menarik bukan topik kita pada kali ini? Setiap orang mempunyai rutin penjagaan muka dengan cara tersendiri tidak kira lelaki mahupun perempuan..Tak perlu nak guna jenama yang mahal-mahal sebab ada juga produk drugstore yang korang boleh cuba..Paling penting , hasilnya  sama tiptop macam guna produk antarabangsa.


koleksi skincare saya




Sis pula banyak dapat tips daripada Maisarah Mahmud  yang merupakan pelajar UIA melalui perkongsian di twitternya...Tips yang Maisarah Mahmud share kat twitter memang padu.. Selain Maisarah , seorang instafamous yang bernama Noel Faizal Juga turut memberi pendedahan tips penjagaan muka di instagram dan youtube beliau ..

kalau korang nak tau dulu sis memang tak ambik kisah langsung pasal skincare ni... Lepas ja tengok youtube melalui perkongsian Maisarah Mahmud dan Noel Faizal tentang pentingnya penjagaan muka menyebabkan saya dah mula sedar betapa pentingnya skincare ni.Dari mereka laa saya mula dengan basic skincare dulu... Ini adalah perkongsian yang paling basic aja yaa.. kalau kulit tak bermasalah sangat korang boleh try! Tapi sis nak habaq kulit sis takdak laa glowing sangat,. Muka still tumbuh jerawat even dah amal skincare routine.. Tapi jerawat yang naik seketoi dua jaa... Huhuhuhi,, Ini kes harmon munkin atau jerawat stress nak exam... Normal laa life student kan! kalau hampa nak tau pelbagai jenis produk kat drugstore sis dah cuba.. Banyak jugak duit habis dekat watson sebab nak cantik punya pasai....

Dan kalau hampa nak tau antara rutin yang paling terkenal adalah "The 10-step korean skincare routine". Rutin ni bukan sekadar rutin tau! Korean Skincare Routine ni dah jadi fenomena di seluruh dunia..sis pon baru start amalkan rutin ini..Tapi tak complete lagi 10 steps.. By next month insyallah cukup.. Hihihi.. tengah survey laani produk yang mampu milik.. Sekali sekali invest kat diri sendiri mana tau berkesan kan? Teringin juga nak dapat kulit "Glass Skin"



Langkah 1: Make up remover/ oil cleansing
                                                                                                                                                                 
Cleansing oil Nutox
Make up remover Garnier

"Oil cleanser" sangat berkesan untuk menanggalkan make up dan mencairkan daki-daki pada kulit bawah especially dalam pori-pori.. Dalam step ni hampa boleh guna oil cleanser atau micellar water . Tetapi sis cadangkan hampa guna oil cleasing..Sebab oil cleanser ni lebih power berbanding makeup remover.Lagi satu kalau hampa tak pakai make up sekalipun hampa tetap kena buat step ni sebab sunblock dan mosturizer boleh membuatkan pori-pori kita tersumbat. Bila kita tak bersihkan betoi-betoi pori yang tersumbat tu nanti kulit hampa payah nak serap produk lain..So, cuci la muka elok-elok menggunakan oil cleansing..Oil cleansing Nutox ni sis dah pakai 6 bulan elok juga sebab bila pkai rasa glowing gitu..


Langkah kedua:  pilih pencuci muka yang sesuai



Cleanser adalah langkah terawal dalam mana-mana rutin skincare..Di sini suka saya ingatkan kegunaan cleanser yang sebenar adalah untuk membersih muka kita dari sebarang kotoran , debu dan sisa-sisa makeup.. Itu ja yang perlu kita fokuskan sebab kat watson tu berlambak puncuci muka , macam mana nak tapis semua.. Menurut Maisarah Mahmud di laman twitternya pilih pencuci muka yang ph 5 ke bawah.. Ini kerana ph tinggi akan merosakkan muka kalian.. Pencuci muka di atas antara pencuci muka yang ph yang rendah..



Langkah ketiga : scrub muka



okay step ni sangat penting yaa untuk buang semua sel kulit -kulit mati kat muka kita.untuk scrub sis pakai jenama freeman. Bayangkan kalau kita tak pernah scrub muka kita?  Saya berani jamin mesti banyak sel kulit mati terkumpul dan menyebabkan muka hampa nampak kusam taudak? Contoh bahan yang bagus dalam scrub macam black sugar, Salicylic Acid, dan lactic acid. Hampa boleh dapatkan scrub ni kat watson harga antara RM19-RM20 gitu.. Scrub ni tahan lama... Sebab kita guna 2 kali ja dalam seminggu.. Ingat guys, jangan guna hari-hari sebab boleh menipiskan lapisan kulit korang...


Langkah keempat: pakai toner 

lotion (toner) Hadalaboo yang mempunyai fungsi berbeza-beza..

Selepas hampa cuci muka dengan pencuci muka.. Sebaiknya gunakan toner.. Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, saya gunakan Hada Laboo..Hada Laboo di jepun sangat famous kalau korang nak tau. Bayang kan satu botol lotion Hada Laboo telah terjual  setiap 4 saat di Jepun.. Gilakan? saya start pakai toner ni sejak zaman form 6 lagi..Kalau korang nak tau Orang jepun panggil toner sebagai Lotion tau.. Pakai lotion Hada Laboo ni dia moistkan muka kita..

Hada Laboo ada jenis dia :
1.hydrating(botol warna putih)
2. Whitening (botol warna biru)
3.Blemish and oil control(botol warna hijau)
4. Lifting and firming( botol warna merah

So kat sini saya pakai Hada Laboo Whitening Lotion Rich sebab nak bagi muka cerah dan tak kusam okay..Lagi satu botol dia dalan bentuk tube.. Botol dia diperbuat dari plastik so kalau jatuh takdak laa pecahkan.. Boleh tahan 4-5 bulan sebab sekali pakai hanya perlu 3-4 titik.. Jimat sangat-sangat.. Sebelum beli saya akan check dia punya kandungan dia dulu. Produk yang saya pakai ni ada Arbutin dan Hyaluronic Acid.. Hyaluronic Acid ni dapat lembabkan muka korang  and paling best Lotion hada laboo ni dia tulis "ALCOHOL FREE, COLORANT FREE,SKIN PH BALANCED DAN FRAGRANCE FREE".Jadi, hampa boleh cuba ya toner ni😍.. serius sis tak tipu! Boleh dapatkan kat watson yea..kalau kat Watson habis hampa boleh beli kedai sebelah dia kat Guardian.. hahahhaa..

ini laa toner hada laboo yang saya guna sampai sekarang..

Langkah Kelima: Pakai Serum 

Serum wardah dan serum iunik propolis 

Selepas pakai toner tadi, hampa boleh pakai serum.. Kalau hampa nak pakai serum pilih serum berdasarkan masalah kulit.. Macam saya pilih serum wardah botol warna kuning yang mengandungi vitamin c sebab ia boleh merawat kulit yang kusam.. Serum iunik propolis tu juga antara serum yang best jugak.. Muka nampak glowing laa jugak bila pakai.. 

Langkah keenam : pakai mosturizer(pelembab) 

pelembab Aiken 
pelembab Neutrogena 


Walaupun korang rasa kulit dah cukup lembab bila pakai serum , korang tetap kena pakai mosturizer.. Untuk kulit yang berminyak pun kena pakai mosturizer tau. Kulit kita ni kena pastikan ia sentiasa lembab.. Bila lembab , tak ada peluang untuk sebum nak keluar yang boleh menyebabkan terjadinya jerawat. Sejujurnya saya suka gila dengan pelembap aiken ni. Saya perasan tau kalau jenis kulit saya ni kurang minum air , breakout!Terlebih makan dairy milk, breakout!Tak buat skincare routine 2-3 hari, Breakout! Make up tak sesuai dengan kulit , breakout!

Jadi kat sini sis buat kesimpulan la yea, breakout saya berpunca dari kedegilan diri sendiri yang mencari pasal..Hah? siapa suruh malas minum air kosong kan.. kan muka dah jerawat.. Dan siapa suruh makan dairy milk tak ingat dunia? so, salah satu nak kawal jerawat ialah minum air kosong yang banyak..okay sambung balik pasal mosturizer aiken, mosturizer ni sis suka gila sebab texture dia tak melekit sangat dan ia mengandungi tea tree oil yang boleh kecutkan jerawat. Murah ja aiken ni dalam RM12 gitu kat watson. Sesuai la untuk student macam kita ni...Lagi satu, pelembab dari neutrogena pon texture dia ringan dan tak melekit okay.. Pelembab neutrogena ni harga dia mahal sikit.. Tapi, kesan dia tak mengecewakan..Korang boleh laa try.. Sumpah tak tipu..


Langkah ketujuh: wajib pakai sunblock!




okay last sebelum keluar rumah  pada waktu siang hampa memang wajib kena pakai sunblock. Kalau korang nak make up yang penting apply dulu sunblock. Sunblock ni wajib pakai naa tak kira laa kulit hampa jenis berminyak kaa ..Kalau hampa keluar rumah tidak pakai sunblock , sia-sia ja hampa ikut skincare routine di atas.Sinar UV senang-senang jaa boleh tembus ke lapisan kulit.. Orang korea yang lelaki pon pakai sunblock tau bila keluar rumah. so saya cadangkan sunblock jenama biore ni memang best sebab dia tak melekit sangat.. Harga Sunblock ni pon harga mampu milik..


Okay sampai di sini sahaja perkonsian saya . Sekian Terima Kasih ..










UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum semua Harini saya nak bercerita dengan hampa semua tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di UKM lebih kuran...