Friday, November 29, 2019

Econt Hunt

Assalamualaikum kepada hampa semua..

Hari ni saya nak share dengan kalian semua mengenai pengalaman baru yang saya dapat sewaktu mengikuti Program Econthunt baru-baru ini  di UKM.. Pernah dengar tak ECONTHUNT?

Kalau korang nak tau Econthunt ni adalah satu program yang dijalankan di UKM bagi pelajar yang ambil subjek Makroekonomi dan diwajibkan kepada pelajar tahun satu. Pemarkahan yang diperoleh dalam acara Econthunt  akan direkodkan dan termasuk dalam permarkahan keseluruhan bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Makroekonomi tahun ini..Ala Econthunt ni lebih kurang macam "Running Man" gituu.. Kena redah satu UKM untuk dapatkan petunjuk..

ini merupakan team kami


Objektif Econthunt dijalankan untuk memupuk pelajar bekerja secara berpasukan , berkomunikasi secara berkesan , membina keyakinan diri serta dedahkan pelajar dengan realiti makroekonomi Malaysia . Lagi satu kalau hampa nak tau Econt Hunt ini telah melibatkan 36 lokasi strategik dalam UKM.







Setiap pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan merentasi set kursus Makroekonomi. Pencarian lokasi berdasarkan pembayang(clue) akan diberikan oleh pihak urusetia melalui aplikasi telefon pintar. Haa masa ni kelam kabut group kami sebab tak buat persediaan awal.. yela group lain ada yang sanggup sewa kereta .. Group kami ambik kau pakat berpecah -pecah..ada yang naik bas and sanggup tunggu bas panas-panas.. Ada jugak naik grab.. Macam-macam cara laa kami guna.. Asalkan cepat sampai ke destinasi..




contoh clue yang depa bagi






Antara contoh pembayang(clue) yang diselitkan dengan Bahasa Sepanyol, Morse Code, Bahasa Isyarat,Nokia Keypad Alphabet,Twitter Code dan Kod rahsia. Setiap kumpulan ni kiranya kena alert laa dengan pembayang yang depa bagi untuk pecahkan kod rahsia.Ini kerana clue yang diterima mengandungi maklumat lokasi yang akan dituju dan objek yang akan diimbas untuk mendapatkan soalan makroekonomi. Dalam masa yang sama setiap pembayang(clue) akan musnah dalam masa yang singkat.so, pelajar kena cepat bergerak ke lokasi masing-masing. Setelah habiskan cabaran di setiap lokasi , wakil kumpulan perlu menunjukkan bukti.

Video teka suara pensyarah



Lagi satu, setiap kumpulan perlulah selpie berlatang belakang lokasi-lokasi yang telah berjaya dikenalpasti (berdasarkan pembayang dan dimasukkan ke dalam link folder yang akan ditetapkan). Setiap kumpulan perlu habiskan tugasan ini sebelum jam 6.00 petang. jika ahli kumpulan gagal buat apa yang diminta menyebabkan ahli kumpulan tersebut kehilangan markah. Untuk pengetahuan semua masa detik-detik akhir permainan, tetiba hujan turun dengan lebat.. maka menyukarkan kami lagi untuk bergerak ke destinasi seterusnya.. Lama jugak tunggu hujan berhenti ..  Gambar di bawah merupakan lokasi yang kami jumpa soalan makro ..


















Hahahahaha... rasa lawak pulak bila tengok muka-muka  ahli kumpulan masing-masing kena selpie dengan lokasi yang mereka jumpa soalan makro...Hahahaa, semua buat muka redha ja laa kena bergambar..Melalui Econt Hunt saya dapat pengalaman baru iaitu kemahiran berkomunikasi dan kemahiran bekerjasama antara kumpulan.. Apapon sampai disini sahaja coretan saya hari ini.. Semoga kita berjumpa lagi di lain slot..


sekian, Terima kasih..





1 comment:

  1. Salam Izzati,
    Mmg teruja tgk korang ber treasure hunt utk subjek ni. Pensyarah awak sgt kreatif. Posting yg menarik. Good job and keep it up! :D

    ReplyDelete

UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum semua Harini saya nak bercerita dengan hampa semua tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di UKM lebih kuran...