Assalamualaikum !!!
salam sejahtera !!!
Salam satu Malaysia !!!
Salam Perpaduan !!!
ke atas pembaca-pembaca sekalian..
Okay pada hari ini saya nak "share" lebih kepada "minat".Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri? Betulkan? okay apa minat hampa?
Memancing?
memasak ?
menjahit ?
membaca ?
Adakah minat anda sama seperti saya? okay kalau nak tau minat saya lebih kepada mendaki gunung.. MENARIK BUKAN? Ada tak yang mempunyai minat macam saya? Alaa mana tau kita boleh "hiking" gunung sekali... ceyhh 😂 kenapa saya mendaki ? Pada mulanya sekadar mengisi masa dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan.. Akhirnya saya sendiri dah jatuh hati bila pertama kali daki Gunung Baling😜. Hampa tau dak Gunung Baling tu tang mana?😱 Untuk pengetahuan semua Gunung Baling ini terletak di Kedah.. Kalau anda teringin nak mendaki mai laa negeri
jelapang padi ni. Bukan takat padi ja kedah ada,
Gunung pon kedah ada..
.
Sejak mula menjadi viral ni, ramai kaki-kaki hiking dan outdoor yang dah mula mengenali Gunung Baling ni..Kalau dulu takdak sapa pon yang nak naik gunung baling ni.. Yang ada pon pakcik-pakcik tempatan yang dok naik sedia.. Tapi sekarang Gunung Baling dah mula terkenal sehingga orang jauh sanggup datang untuk daki gunung baling Semata-mata.. Laani Gunung Baling dah menjadi lokasi tumpuan bila mana gambar-gambar dari puncaknya tersebar di laman sosial..
Tapi untuk dijadikan cerita saya ni bukanlah rajin sangat nak gi panjat Gunung Baling tuu.. Ini semua bermula dari rakan sebaya saya yang mula mengajak untuk mencuba .. Trip kami akan bermula seawal pagi.. kami janji selalu lepas subuh dalam pukoi 6.30 gitu.. Tapi janji melayu itu pasti... Maka kami mula "hiking" pada pukul 7.00 kerana terpaksa tunggu rakan-rakan yang lain.. Bagi yang nak tau pekan Baling ni , nanti anda akan terjumpa Pusat Latihan JPAM di belah kiri jalan betul-betul di bawah gunung. Pastikan gunung berada betul-betul di sebelah kiri anda.Jalan depan sikit, tengok ada banyak kereta tu itu laa tempat dia.Jumpa masjid kampung bawah gunung tu kira hampa dah terlajak dah tu.. Mohon berpatah balik laa..
Lagi satu, kalau tengok papan tanda di puncak gunung baling tu , paras ketinggiannya adalah 546 meter dari aras laut. Banyak sangat version, apapon kami berjaya sampai ke puncak gunung baling dengan jayanya.. Walau pada awalnya saya rasa macam penat gilaa tak tau nak habaq kat hampa.. letih ooo.. Kami mula mendaki jam 7.00 pagi di starting point dan sampai lebih kurang jam 9.00 pagi.. Hampir dua jam jugak la.. Yang Penting, Alhamdulillah takdak sapa yang tercedera , tak sesat , tak diganggu oleh makhluk lain dan cuaca pon elok. Sebab sebelum ni banyak jugak terdengaq cerita kat dada akhbar berkaitan pendaki yang tercedera,, masalah pernafasan,sesat sehingga memerlukan khidmat bomba . Kami juga tidak menggunakan khidmat "Guide" sebab laluan pedakian sangat jelas , banyak kesan dan tapak pendaki..Untuk pengetahuan semua turut disediakan tali laluan dan kerdipan tiang lampu di beberapa check point untuk mengelakkan dari sesat jalan.
Gunung baling juga turut menyediakan kemudahan kepada pengunjung yang ingin mendaki . Di kaki gunung terdapat tandas dan tempat parking.. kalau anda berminat nak "hiking" gunung Baling ni jangan lupa untuk membawa air dan kasut yang sesuai. Kalau hujan, laluan mesti licin dan agak berbahaya. Kalau hampa nak tau jalan dia bermula dengan laluan biasa tetapi terus curam.. Sakit pinggang dibuatnya !!! kemudian, masuk pulak laluan hutan , laluan curam berbatu,laluan kawasan pokok buluh, laluan pokok renek,berjalan di lereng gaung,dan 90% berbatu yang curam dan bahaya.. Perlu berpaut pada dengan pokok-pokok yang menjalar ,buluh-buluh dan batu.. untuk pengetahuan semua tak salah saya ada dua laluan yang yang kita perlu masuk lubang antara batu-batu,
Bila dah sampai puncak, MASYALLAH CANTIKNYA !!!! syukur sangat-sangat , diberi kekuatan untuk sampai dan diberi peluang untuk dapat melihat ciptaan Allah yang menajubkan.. Dapat merasai, merenungi dan menginsafi kehebatan sang pencipta.. Dalam masa kita ambik gambaq tu, diminta untuk lebih berhati-hati kerana kita sebenarnya di tepi gaung dan kawasan yang sangat curam. kalau leka , boleh jatuh ke dalam gaung yang sangat menakutkan.. Apapun kalian diminta untuk tengok gambar yang saya upload yaa.. biar gambar yang berbicara!!!
Sekian Terima kasih 😊
Salam Izzati,
ReplyDeleteAmboi tak tau nak habaq. mesti cantik noo :D
Hobi yg sgt bagus. esok2 boleh hiking gunung kinabalu n everest pulak okeh!
Nice posting u have here. Lengkap dgn semua gambaq semua. good job. label pun ada. niceee..
Keep it up!