Assalamualaikum...
Harini saya nak bercerita sikit tentang minat saya.. Blog saya yang sebelum ini saya ada menceritakan tentang minat saya mendaki gunung Baling. Namun pada kali ini saya nak share dengan kalian semua tentang minat saya yang suka membaca pelbagai novel..
Siapa kat sini suka membaca macam saya?
Ada tak?
Hampa suka baca buku apa?
Majalah? komik? Novel?
kalau hampa suka novel boleh laa geng dengan sis!
Ada pepatah mengatakan "Membaca itu jambatan Ilmu" perkataan ini sering diungkap dan amat popular suatu ketika dahulu. Kalau kalian semua nak tau minat saya terhadap koleksi novel ini bermula masa umur saya 8 tahun lagi.. Waktu ni saya banyak membaca novel kanak-kanak..Walaupun koleksi buku di perpustakaan sekolah dahulu tidak banyak, namun saya suka berkunjung ke perpustakaan sekolah untuk mencari buku cerpen . Namun minat membaca ini diteruskan sehingga zaman saya remaja .. Kita lihat sekarang banyak novel sudah dipasaran yang baru diterbitkan atas tuntutan ramai terutama di kalangan remaja perempuan yang begitu meminati novel.
Kebanyakkan kita membaca novel untuk menghilangkan bosan dan mengisi masa lapang supaya tak terbuang begitu sahaja tanpa aktiviti yang berfaedah. Jika kita perhatikan remaja perempuan lebih ramai yang suka membaca novel berbanding remaja lelaki . Bagi remaja perempuan , novel ini ibaratkan sebagai sumber inspirasi. untuk pengetahuan semua saya juga boleh menghabiskan bacaan sebuah novel dalam satu hari sahaja! Ada masanya bila kita membaca novel ni jalan hidup nya sama seperti kita.Namun ada masanya, novel ini turut menceritakan panduan untuk menjalani kehidupan seharian di samping wujud perasaan kasih sayang antara keluarga dan mengisarkan masyarakat pada masa kini
Koleksi novel seram |
Tapi bila zaman remaja ni saya lebih suka membaca novel cinta dan novel seram.. Antara karya novel yang saya suka beli ialah Alaf21, kaki novel,karangkraf, karya seni , dan Aisya Sofea. kalau kita mula membaca novel ni kita dapat mendalami watak-watak yang nak disampaikan oleh penerbit..Bagi saya novel lagi best dari filem. Ya! bila hang baca sebuah novel tu , seroiusly hang boleh terbayang apa yang jadi dalam cerita tu.Umpama ada skrin besar dekat depan mata hang dan siap ada pelakon bagai pakej dengan tempat. Dan ia betul-betul terjadi dekat depan mata hang.Seriously lagi best dari wayang 3D. Dan jangan pelik laa tetiba bila saya baca novel tetiba boleh teriak(nangis). Nampak sangat betul-betul menghayati watak yang dibawa dalam novel tu..
Dan yang paling tak best sekali bila banyak baca novel ni,tak semena-mena pi berangan nak jadi novelis. Tiba-tiba mai semangat nak menulis sedangkan perbendaharaan kata pun tunggang terbalik. Tatabahasa bersimpang siur.Apatah lagi peribahasa berterabuq.Tapi mana ada yang mustahil! Lani zaman angkasa. Monyet pon dah sampai ke bulan..Hehehe..
sampai di sini sahaja perkongsian saya hari ini.. sekian 😊
Salam Izzati,
ReplyDeleteTakpa aih berangan, why don't you try and make one. start dgn novel pendek dulu takpa :D
Just make sure jgn baca novel lebih dari baca buku study no. ok. good job and keep it up!