Friday, October 25, 2019

Aplikasi Komputer is the best subject !!!!



ASSALAMUALAIKUM...  😊


Kepada pembaca sekalian yang saya sayangi.. Hari ni saya nak kongsikan kepada semua apa yang saya pelajari dalam kelas Aplikasi komputer di UKM tercinta ini.. Untuk pengetahuan semua kelas aplikasi komputer ni saya dibimbing oleh Puan Nurul Hafiza. Okay hampa nak tau dak apa yang kami belajaq dalam kelas ni???? kalau hampa nak tau kat sini kami start belajaq apa yang kami tak pernah tau pasai komputer..Hihihi.. Selama ni saya tak pernah pon didedahkan pasal penggunaan komputer yang betul dan sangat memudahkan kerja.. sebelum-sebelum ni saya main redah ja buat kerja guna komputer.. tapi bila dah belajaq aplikasi komputer ni baru saya tau nak guna microsoft excel,microsoft word dan sebagainya.


Melalui kelas aplikasi komputer ni apa yang saya dapat ialah :

1.Logic test 
2. Mail merge 
3 microsoft excell (text)

 
1.LOGIC TEST 

Pertama sekali , saya nak share ngan dengan hampa cara nak buat logic test dekat microsoft excell..
Logic Test adalah untuk membuat perbandingan sesuatu nilai atau sesuatu keputusan..

contoh markah peperiksaan dan markah koko pelajar


Berikut merupakan apa yang saya dapat untuk membuat keputusan berdasarkan markah yang diberi:


1.NESTED IF (UNTUK BUAT DUA RESULT)
=IF(c3>=70,”PASS”,”FAIL”) 
yang ini kita boleh tau sama ada pelajar itu "pass" atau "fail"

2. RESULT NESTED IF (RESULT 3 BENDA)
=IF(C3>=70,”EXCELLENT”,IF(C3>=50,”PASS”,”FAIL”.))
Result Nested If ni kita boleh buat tiga keputusan contohnya kita boleh buat tiga keputusan sama ada pelajar itu mendapat markah "excellent", "pass" or "fail"

3. RESULT AND IF
=IF(AND(C3>=70,D3>=50),”DISTINCTION”,””)

4.RESULT NESTED,AND IF
IF(AND(C3>=70,D3>=50),”DISTINCTION”, IF(C3>=70),”EXCELLENT”,IF(C3>=50,”PASS”,”,FAIL”,)))

5.RESULT
=IF(OR(C3>70,D3>50),”stay”,”move out”)



2. MAIL MERGE

Mail emerge adalah kemampuan komputer untuk mengirimkan kepada beberapa orang sekaligus dari suatu sumber. Mail merge juga merupakan salah satu aplikasi microsoft word untuk membuat dan menghantar surat dalam jumlah yang besar. Bukan apa mail merge ni juga sangat memudahkan kerja kita.. kita tak perlu nak taip nama sorang-sorang dalam satu masa.. Rugi masa hampa taudak !!! so, guna laa mail merge ni yaaa wahai sahabat sekalian yang budiman..








okay cara nak buat mail merge ni senang ajaa.. Mula-mula hampa klik "maillings" dekat atas tu.. dekat microsoft word yaa.. lepastu bila dah klik tu hampa akan nampak start mail merge.. then kamu boleh follow step by step di bawah..

1. step by step mail merge wizard
2. next select receipients
3. browse
4. then save kat dokumen lain
5. roaming lists
6. klik ok
7next preview letter
8. akan keluar more item
9. f3 (Nama) , f4( no kad pengenalan )
10. insert
11. next preview your letter
12. last sekali boleh klik dekat recipient untuk tukar nama seterusnya.




3. Microsoft excel (text) 

Banyak juga ilmu baru yang saya dapat bila belajaq dengan puan Hafizah dalam kelas ni tentang kegunaan microsoft excell..Antara yang saya belajar dekat sini ialah:


1.Separate name

2.Combine  the name=CONCATENATE(D31," ",E31)

3. Tulisan huruf besar=UPPER(klik nama)

4. Tulisan huruf kecil=LOWER(klik nama)

5. lens(untuk kira patah perkataan )

6. calculation

7. Find A

8.Left, Right and mid

9, Replace

10. text to collum

 11. pivot table 

 conttoh pivot table


okay sampai di sini sahaja coretan saya pada hari ini.. Diharapkan pembaca sekalian dapat memanfaatkan blog saya ini .. sekian terima kasih 😊



Sunday, October 13, 2019

Gunung Baling Kedah : Laluan Agak Mencabar Tetapi Pemandangan Menakjubkan

Assalamualaikum !!!
salam sejahtera !!!
Salam satu Malaysia  !!!
Salam Perpaduan !!!

ke atas pembaca-pembaca sekalian..

Okay pada hari ini saya nak "share" lebih kepada "minat".Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri? Betulkan? okay apa minat hampa?
Memancing?
memasak ?
menjahit ?
membaca ? 





Adakah minat anda sama seperti saya? okay kalau nak tau minat saya lebih kepada mendaki gunung.. MENARIK BUKAN? Ada tak yang mempunyai minat macam saya? Alaa mana tau kita boleh "hiking" gunung sekali... ceyhh πŸ˜‚ kenapa saya mendaki ? Pada mulanya sekadar mengisi masa dengan aktiviti yang mengeluarkan peluh untuk menjaga kesihatan.. Akhirnya saya sendiri dah jatuh hati bila pertama kali daki Gunung Baling😜. Hampa tau dak Gunung Baling tu tang mana?😱 Untuk pengetahuan semua Gunung Baling ini terletak di Kedah.. Kalau anda teringin nak mendaki mai laa negeri
jelapang padi ni. Bukan takat padi ja kedah ada,
Gunung pon kedah ada..                               


                                                  .



Sejak mula menjadi viral ni, ramai kaki-kaki hiking dan outdoor yang dah mula mengenali Gunung Baling ni..Kalau dulu takdak sapa pon yang nak naik gunung baling ni.. Yang ada pon pakcik-pakcik tempatan yang dok naik sedia.. Tapi sekarang Gunung Baling dah mula terkenal sehingga orang jauh sanggup datang untuk daki gunung baling Semata-mata.. Laani Gunung Baling dah menjadi lokasi tumpuan bila mana gambar-gambar dari puncaknya tersebar di laman sosial..

Tapi untuk dijadikan cerita saya ni bukanlah rajin sangat nak gi panjat Gunung Baling tuu.. Ini semua bermula dari rakan sebaya saya yang mula mengajak untuk mencuba .. Trip kami akan bermula seawal pagi.. kami janji selalu lepas subuh dalam pukoi 6.30 gitu.. Tapi janji melayu itu pasti... Maka kami mula "hiking" pada pukul 7.00 kerana terpaksa tunggu rakan-rakan yang lain.. Bagi yang nak tau pekan Baling ni , nanti anda akan terjumpa Pusat Latihan JPAM di belah kiri jalan betul-betul di bawah gunung. Pastikan gunung berada betul-betul di sebelah kiri anda.Jalan depan sikit, tengok ada banyak kereta tu itu laa tempat dia.Jumpa masjid kampung bawah gunung tu kira hampa dah terlajak dah tu.. Mohon berpatah balik laa..




Bergambar di atas puncak gunung Baling bersama rakan-rakan form 6..


Lagi satu, kalau tengok papan tanda di puncak gunung baling tu , paras ketinggiannya adalah 546 meter dari aras laut. Banyak sangat version, apapon kami berjaya sampai ke puncak gunung baling dengan jayanya.. Walau pada awalnya saya rasa macam penat gilaa tak tau nak habaq kat hampa.. letih ooo.. Kami mula mendaki jam 7.00 pagi di starting point  dan sampai lebih kurang jam 9.00 pagi.. Hampir dua jam jugak la.. Yang Penting, Alhamdulillah takdak sapa yang tercedera , tak sesat , tak diganggu oleh makhluk lain dan cuaca pon elok. Sebab sebelum ni banyak jugak terdengaq cerita kat dada akhbar berkaitan pendaki yang tercedera,, masalah pernafasan,sesat sehingga memerlukan khidmat bomba . Kami juga tidak menggunakan khidmat "Guide" sebab laluan pedakian sangat jelas , banyak kesan dan tapak pendaki..Untuk pengetahuan semua turut disediakan tali laluan dan kerdipan tiang lampu di beberapa check point untuk mengelakkan dari sesat jalan.




Gunung baling juga turut menyediakan kemudahan kepada pengunjung yang ingin mendaki . Di kaki gunung terdapat tandas dan tempat parking.. kalau anda berminat nak "hiking" gunung Baling ni jangan lupa untuk membawa air dan kasut yang sesuai. Kalau hujan, laluan mesti licin dan agak berbahaya. Kalau hampa nak tau jalan dia bermula dengan laluan biasa tetapi terus curam.. Sakit pinggang dibuatnya !!! kemudian, masuk pulak laluan hutan , laluan curam berbatu,laluan kawasan pokok buluh, laluan pokok renek,berjalan di lereng gaung,dan 90% berbatu yang curam dan bahaya.. Perlu berpaut pada dengan pokok-pokok yang menjalar ,buluh-buluh dan batu.. untuk pengetahuan semua tak salah saya ada dua laluan yang yang kita perlu masuk lubang antara batu-batu,





Bila dah sampai puncak, MASYALLAH CANTIKNYA !!!! syukur sangat-sangat , diberi kekuatan untuk sampai dan diberi peluang untuk dapat melihat ciptaan Allah yang menajubkan.. Dapat merasai, merenungi dan menginsafi kehebatan sang pencipta.. Dalam masa kita ambik gambaq tu, diminta untuk lebih berhati-hati kerana kita sebenarnya di tepi gaung dan kawasan yang sangat curam. kalau leka , boleh jatuh ke dalam gaung yang sangat menakutkan.. Apapun kalian diminta untuk tengok gambar yang saya upload yaa.. biar gambar yang berbicara!!! 

Sekian Terima kasih 😊








Saturday, October 12, 2019

Masuk Hutan ?

Assalamualaikum Guys,

Hari ini saya nak bercerita pengalaman saya menghadiri kem  yang dianjurkan di bawah persatuan silat baru- baru ini di hutan pendidikan alam di UKM.. Untuk pengetahuan semua ahli baharu yang menyertai silat wajib menyertai kem interaksi silat  gayung ini.. Kem ini berlansung selama 3 hari 2 malam.  Sebenarnya pada awalnya saya tak minat sangat pun kem ini ya laa siapa jaa yang rela bermalam di hutan .. Tetapi kem ni jadi lebih seronok bila aktiviti disini  diisi dengan program suai kenal antara satu sama lain... kami juga telah diagihkan mengikut kumpulan masing-masing.. 


Ahli kumpulan saya terdiri daripada 10 orang ahli dan nama kumpulan telah diberi nama "Kerambit'.. untuk pengetahuan hampa nama kumpulan diberi atas nama senjata yang digunakan untuk bersilat antaranya terdapat kumpulan parang, pisau, cindai,sembat,keris , dan lembing ..


Ahli kumpulan kami 



Kami juga telah diarahkan untuk lukis peta UKM.. Cara permainan ini ialah setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk melihat peta di depan.. Dan setiap wakil kumpulan diberi masa dua minit untuk menghafal peta ukm yang diberi...  Wakil kumpulan yg pergi ke hadapan tadi perlu memberi tahu ahli kumpulan apa yang mereka ingat dalam peta yang mereka lihat... kumpulan kami akhirnya dapat melukis peta UKM dengan cantik sekali..

         Selain itu,setiap kumpulan juga turut diberi sekeping kertas A4 putih dan cara permainannya ialah semua ahli kumpulan perlu masuk dalam kertas putih tu.. Jadi kami semua gunting jadikan kertas seperti tali... Akhirnya kumpulan kami semua berjaya masuk ke dalam kertas tersebut ...


            Di samping itu, kami juga mempunyai cheers kumpulan tersendiri... Kami jugaa turut diuji dengan memasukkan bola pingpong ke dalam bakul dgn menggunakan tali plastik.. Kumpulan kami juga telah tewas dalam permainan ini..dah banyak kali kami cuba anyam tali plastik untuk membawa dengan baik bola pingpong masuk ke dalam bakul tetapi tidak berjaya jugaa..


            Kemudian , tepat pukul 12.00 malam kami juga telah diarahkan untuk berjalan pada waktu malam dalam hutan... Aktiviti ini juga dikenali sebagai night walk..waktu ni saya rasa macam seram jaa tengah malam nak kena berjalan dalam hutan.. Akhir sekali , pada keesokan harinya aktiviti lasak seperti jungle trekking turut diadakan,, masa ni memang baju kena lumpur habis laa.. Kena denda teruk jugak sebab tak boleh nak jawab soalam yang diajukan oleh pengajur. Sampai di sini sahaja blog saya pada hari ini... sekian terima kasih,,,
waktu ni kami main aktiviti "perang" dalam hutan ... 



kami dipaksa untuk merangkak dan disimbah lumpur..





waktu ni kumpulan saya kena denda sebab tak boleh menjawab soalan




Tuesday, October 1, 2019

Pengalaman menjadi pelajar STPM

KEHIDUPAN BERGELAR SEBAGAI  PELAJAR FORM 6




Assalammualaikum...

Terima kasih kerana singgah di blog saya 😊



Harini saya nak bercerita tentang pengalaman saya sebagai pelajar tingkatan 6 di sebuah Sekolah menengah. Seperti kita sedia maklum STPM merupakan sijil yang diiktiraf oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Namun ada sesetengah pihak menyangka STPM tidak laku dan merugikan masa. Bagi saya STPM adalah pilihan yang tepat bagi adik-adik lepasan SPM yang masih tidak mempunyai haluan yang jelas. Ini kerana banyak universiti awam yang mengutamakan pelajar STPM untuk menyambung pengajian di peringkat degree . Saya yakin semua orang dah tau dan sedar  apa itu tingkatan 6. kalau hampa nak tau form 6  ni merupakan peperiksaan yang ke-3 tersusah di Asia Tenggara dan ke-7 tersusah di dunia..



Okay kat sini saya nak bagitau bahawa masuk ja form 6 hati kena betul-betul cekal kerana tingkatan 6 ini adalah proses mematangkan cara berfikir terutamanya Pengajian Am.. kalau hampa nak tau Pengajian Am antara subjek yang killer laa bagi form 6 dan wajib dapat kredit untuk melayakkan diri anda untuk masuk ke universiti awam. Masa STPM saya ambil 4 subjek iaitu pengajian Am , sejarah, syariah dan pengajian perniagaan. Untuk pengetahuan semua, suasana kelas  tingkatan 6 tidak ubah  seperti suasana di bilik darjah . Susunan meja mengikut sistem pembelajaran terkini iaitu pembelajaran abad ke -21.



Bagi saya sejarah juga antara subjek yang susah nak skor almaklum laa saya tak berapa minat sejarah.. Asal buka buku sejarah jaa, mulut asyik menguap.. silibus sejarah untuk ketiga-tiga sem adalah berlainan tema.. Sem 1 anda akan belajar sejarah dunia , sem 2 tema sejarah islam dan sem 3 anda akan belajar sejarah di asia tenggara  sebab tu laa saya suka buat study group dengan kawan-kawan bila nak study sejarah.. Lagi satu sejarah ni terlalu banyak nama tokoh yang kena ingat ..Nama tokoh yang saya ingat dan hafal sampai sekarang adalah  Raden Mas Tirtoadisurjo dan Omarsaid Tjokroaminoto merupakan tokoh indonesia yang terlibat dalam penubuhan sarekat islam indonesia.. Nama dua tokoh ni laa yang saya ngan kawan-kawan asyik sebut sebelum exam kerana bagi kami nama tokoh tersebut susah  untuk diingati.. Setiap pagi kawan saya akan sebut nama tokoh tersebut untuk memastikan saya dan kawan-kawan yang lain selalu ingat ..


kawan seperjuangan di waktu STPM 


Sepanjang saya berada di form 6 saya cuba mengaktifkan diri dalam pengakap kelana dengan menghadiri pelbagai kem yang dianjurkan .. Stress jugak kalau asyik mengadap buku 24 jam.  Antara aktiviti pengakap yang sering dianjurkan ialah  aktiviti perkhemahan.. Kami sebagai kelana akan bertungkus lumus terlibat menganjurkan program perkhemahan di peringkat negeri kedah. program yang dianjurkan oleh pengakap dapat memantapkan lagi jati diri dan kemahiran insaniah.. Ini kerana pengakap  kelana perlu memimpin pelajar sekolah menengah dan rendah

Okay sampai di sini sahaja coretan saya pada hari ini.. Diharapkan pembaca sekalian dapat gambaran macam mana kehidupan di tingkatan 6..
masa ni jadi kelana untuk kem korobori pengakap






UNTUKMU, UKM

Assalamualaikum semua Harini saya nak bercerita dengan hampa semua tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang belajar di UKM lebih kuran...